Sunday, August 10, 2008

LONGKANG TIDAK TERTUTUP MENANTI MANGSA.



Inilah gambar dimana keadaan longkang dikedai kain Jakel Trading di Jalan Titiwangsa, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, Johor.

Keadaan ini yang telah berlarutan semenjak beberapa bulan telah dibawa kepada perhatian MBJB melalui satu blog-post dalam blog saya. Juga saya telah memaklumkan secara rasmi melalui surat kepada MBJB.

Sedihnya, walaupun saya telah membawa kepada perhatian pihak MBJB tentang kehadiran longkang tidak tertutup, sehingga hari ini MBJB gagal mengambil apa-apa tindakan.

Kedai Jakel Trading ini pada kebiasaannya dibanjiri pembeli pada setiap hari minggu. Ramai pengunjung ke kedai tersebut membawa anak-anak mereka bersama. Kanak-kanak berlarian dan bermain-main ketika ibubapa membeli-belah di Jakel Trading menjadi perkara biasa.

Agak menghairankan bagaimanakah MBJB masih enggan mengambil apa-apa tindakan biarpun telah dimaklumkan.

Beberapa minggu yang lalu, MBJB telah membayar RM80,000-00 kepada sebuah keluarga dimana seorang perempuan berumur 63 tahun yang mati apabila jatuh dalam longkang yang tidak tertutup. Mungkin MBJB masih belum serik lagi dan teringin untuk membayar pampasan kepada mangsa yang seterusnya yang mati atau cedera jatuh dalam longkang tidak tertutup yang dirujuk disini.

Tuesday, August 5, 2008

MBJB TO USE NYLON GRILLES TO REPLACE IRON MANHOLE COVERS.

At a recent MBJB function which I attended as Y.B Dr Boo Cheng Hau’s representative, I chanced meeting with Tuan Zainuddin Abd Samad, who is the MBJB engineering department assistant director.

He informed me that MBJB just like their counterparts in Kuala Lumpur is replacing all iron manhole covers with the new nylon grilles made from a new composite material. He told me one such grill has been installed at the pedestrian walk at Masjid Sultan Abu Bakar. I had a look at the new cover and I must say it does look good. Perhaps it may be the answer but lets give it another couple of months and assess it.





Wednesday, July 30, 2008



Keratan dari suratkhabar Harian Metro bertarikh 31.07.2008.



Keratan dari suratkhabar Kosmo! bertarikh 31.07.2008

Tuesday, July 29, 2008

DANGER LORKS IN SHOPPING MALL.



Picture 1 – Lift and the enclosed wall.



Picture 2 – the enclosed wall. Note the door. Once the door is slam shut, the victim becomes trapped and is at the mercy of the criminal.

This is the picture of Landmark I.T Mall at Jalan Ngee Heng, Johor Bahru, Johor.

Previously, when one exits the lift (as can be seen in picture 1), they have a clear view of the car park.

However, recently Landmark I.T Mall had constructed a wall enclosing the lift area and thereby obstructing the view.

The wall now poses a danger since, the person exiting the lift towards the car park cannot see if there is anyone lurking behind.

(See picture 2). Even worst, with a enclosed wall and door, the person lurking can easily slam the door shut when he sees someone exiting the lift. Once the door is slam shut, anything from mugging to rape can occur.

I voiced the public’s concern the management and security department of Landmark I.T Mall, and they say that the wall was constructed on the instruction of Pejabat Bomba.

I hope the management of Landmark I.T Mall will seriously consider removing the wall. The Johor Bahru public can do without a Canny Ong type of incident.

Norman Fernandez
Vice Chairman DAP Johor.
‘PORT’ SANTAI WARGA ASING




Pentas di Gerai Kotaraya 2, di Jalan Gereja dijadikan ‘port’ santai warga asing. Gambar di atas menunjukkan warga asing sedang tidur bersama dengan beg pakaian mereka. Tidak dapat disahkan sekiranya warga asing ini adalah pendatang tanpa izin.

Diharapkan pihak berkuasa memantau dan membuat rondaan disana.

Wednesday, July 23, 2008

Soalan dari Y.B Dr. Boo Cheng Hau
Ahli Dewan Negeri Kawasan Skudai
Di Dewan Undangan Negeri Johor Bagi Penggal Persidangan Pertama Yang Ke-12
Perpustakaan Hipermedia dan peningkatan kadar membaca.
Soalan.
Apakah sebabnya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor untuk memperbaiki kebocoran bumbung Perpustakaan Awam Negeri Johor di Jalan Yahya Awal tidak dibuka seawal mungkin?
Jawapan.
Kelewatan pembukaan bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Johor seperti yang dimaklumi (telah disiarkan di akhbar) adalah disebabkan masalah kebocoran. Walau bagaimanapun, sebahagian besar masalah tersebut telah dapat diatasi dan kerja-kerja persiapan pemprosesan buku yang tergendala akibat kebocoran serta kerja-kerja yang melibatkan susun atur semula perabot sudah diperingkat akhir. Perpustakaan akan dibuka kepada orang awam pada penghujung bulan Julai 2008.