Sunday, February 24, 2008

UNDILAH DAP

NORMAN FERNANDEZ
N 45 STULANG



Wednesday, February 20, 2008

KENYATAAN AKHBAR - DAP JOHOR

PRM & S.K SONG JADI PENGACAU


DAP Johor menyifatkan tindakan Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia S.K Song untuk meletakkan calon PRM untuk bertanding di DUN SKUDAI dan DUN STULANG sebagai hanya untuk mengacau.

Hakikatnya, DAP Johor yang telah bertanding di DUN Johor Jaya pada pilihanraya 2004 dan untuk pilihanraya ini telah bersedia memberi laluan kepada PRM untuk bertanding di DUN Johor Jaya agar DAP di beri laluan bertanding satu lawan satu di DUN Stulang dan DUN Skudai. Sebaliknya PRM dan S.K Song menolak tawaran DAP dan masih nekad untuk bertanding di DUN Stulang yang tidak pernah ditanding PRM sebelum ini. Malahan sebelum daripada ini PRM juga tidak pernah berkhidmat atau pun menjalankan apa-apa aktiviti di DUN Stulang.

Selanjutnya DAP Johor mengkritik S.K Song untuk meletakkan calon PRM di DUN Skudai.

Tindakan S.K Song jelas menunjukkan bahawa beliau masih menyimpan dendam dan perasaan hasad dengki kepada DAP dan menjadikan PRM sebagai pengacau kepada DAP di DUN Skudai dan bertujuan untuk menjejaskan undi calon DAP DUN Skudai Dr. Boo Cheng Hau.

Pertarungan sengit untuk kerusi DUN Skudai di antara DAP dan GERAKAN telah diramalkan dan tindakan S.K Song untuk meletakkan calon PRM di DUN Skudai adalah semata-mata untuk memastikan Dr. Boo Cheng Hau yang telah berkhidmat bakti di DUN Skudai selama 12 tahun akan kalah. PRM tiada apa-apa cawangan di DUN Skudai, tidak pernah mengadakan sebarang aktiviti di DUN Skudai dan sebelum ini tidak pernah bertanding di DUN Skudai.

DAP menggesa PRM & S.K Song memberi laluan kepada DAP dan menarik-balik niat PRM bertanding di DUN Stulang dan khususnya di DUN Skudai agar tidak menjejaskan peluang calon DAP Dr. Boo Cheng Hau di DUN Skudai.


Daripada,

Timbalan Pengerusi DAP Johor,
Norman Joseph Fernandez
(012 – 777 8796)

Kenyataan Akhbar bertarikh 21.02.2008.

Thursday, February 14, 2008

Blogger's Comment : Finally, Well Done MBJB.
























MBJB TERMINATES CONTRACTORS

Johor Bahru Watch

Reader's Response

A Johor Bahru resident emailed the following news. Hope the relevant authorities will immediately take the appropriate action. It is simply shocking to imagine the local authorities has allowed such a situation to exist.

" Tuan,

berikut adalah bongkah / ketulan cement yang telah beku dan menjadi satu hazzard kepada para pemandu yang melalui flyover ini masuk ke Jaya Jusco - tebrau , dari arah Kota Tinggi .

telah berlaku lama sejak tahun 2007 , namun masih tiada sebarang tindakan orang yang bertanggungjawap menjaga flyover ini. minta buka mata BESAR-BESAR , AGAR TIADA PEMANDU TERLANGGAR LAGI BONGKAH INI. "





















WARNING! CROCODILE SIGHTED IN JOHOR BAHRU