Sunday, December 20, 2009

52 TAHUN MERDEKA TETAPI TIDAK MENGENALI JALUR GEMILANG



Inilah gambar Jalur Gemilang yang menghiasi bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sejak beberapa bulan.

Cuba lihat Jalur Gemilang. Ada apa-apa yang tidak kena dengan Jalur Gemilang yang menghiasi MPJBT?

Baik! Biar saya meletakkan gambar diatas secara melintang.



Dapat lihat apa kesilapan?

Yang menakjubkan ialah Pengetua serta semua warga kerja MPJBT tidak perasan dengan kesilapan yang telah berlaku. Malahan kita hendak tahu siapakah kontraktor bertauliah yang telah membekalkan bendera Jalur Gemilang kepada MPJBT.

JALUR GEMILANG BENDERA MALAYSIA
BERKIBAR MEGAH DIUDARA
APAKAH MPJBT SEMUA TELAH LUPA
BENTUK ASAL BENDERA KITA.

No comments: