PERPUSTAKAAN NEGERI BERNILAI RM5.7 JUTA MASIH BELUM DI BUKA KEPADA ORANG RAMAI SELEPAS SATU TAHUN.
(Gambar daripada suratkhabar NST bertarikh 17.04.2008)
DAP Negeri Johor meminta penjelasan daripada pihak kerajaan Negeri Johor bilakah Perpustakaan Negeri di Jalan Yahya Awal akan dibuka kepada orang ramai.
Perpustakaan Negeri Johor yang dibina dengan harga RM5.7 juta sepatutnya dibuka pada bulan April 2007 dan selepas satu tahun perpustakaan tersebut masih lagi ditutup kepada orang ramai.
En. Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP telah membuat tinjauan ke Perpustakaan tersebut beberapa kali dan pada setiap kali pihak perpustakaan memberitahu bahawa mereka masih sedang merekodkan buku dan meletakkan buku-buku di atas rak. Bayangkan kerja-kerja ini telah mengambil masa selama satu tahun dan masih lagi belum selesai.
DAP Johor meminta pihak negeri mempercepatkan pembukaan perpustakaan ini agar warga kota dapat manfaat daripada perpustakaan ini.
Wednesday, April 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment