Soalan dari Y.B Dr. Boo Cheng Hau
Ahli Dewan Negeri Kawasan Skudai
Di Dewan Undangan Negeri Johor Bagi Penggal Persidangan Pertama Yang Ke-12
Perpustakaan Hipermedia dan peningkatan kadar membaca.
Soalan.
Apakah sebabnya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor untuk memperbaiki kebocoran bumbung Perpustakaan Awam Negeri Johor di Jalan Yahya Awal tidak dibuka seawal mungkin?
Jawapan.
Kelewatan pembukaan bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Johor seperti yang dimaklumi (telah disiarkan di akhbar) adalah disebabkan masalah kebocoran. Walau bagaimanapun, sebahagian besar masalah tersebut telah dapat diatasi dan kerja-kerja persiapan pemprosesan buku yang tergendala akibat kebocoran serta kerja-kerja yang melibatkan susun atur semula perabot sudah diperingkat akhir. Perpustakaan akan dibuka kepada orang awam pada penghujung bulan Julai 2008.
No comments:
Post a Comment