Tuesday, January 22, 2008

JIJIKNYA TANDAS DI PERHENTIAN BAS/TEKSI KOTARAYA 2, JOHOR BAHRU.



Inilah keadaan tandas di Perhentian Bas/Teksi Kotaya 2, Johor Bahru yang kotor, jijik dan meloyakan.

Perhentian Bas/Teksi Kotaraya 2, terletak ditengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Berdekatan dengan Perhentian Bas/Teksi Kotaraya 2, adalah Hotel Puteri Pacific, Hotel Tropical Inn dan tempat membeli-belah Kota-Raya. Dari perhentian ini orang awam boleh mengambil teksi dan bas ke Singapura. Juga pelancong dan warga asing yang datang melalui Singapura yang mengambil bas turun di sini. Tidak kurang juga pelancong dan warga asing yang hendak ke Lapangan Terbang Senai juga mengambil bas dan teksi dari perhentian ini.

Tetapi, bayangkanlah tandas yang jijik yang cukup untuk membuat seseorang merasa loya menanti mereka. Apa yang menjadi tanda-tanya ialah pihak siapa yang bertanggungjawab menguruskan, memantau dan memastikan kebersihan tandas di perhentian bas Kotaraya 2? Melihat keadaan tandas yang seolah-olah tidak dibersihkan kian lama mengundang pertanyaan apakan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak terasa malu melihat keadaan tandas yang kotor dan jijik ini. Semasa gambar ini di ambil, beberapa lelaki pelancung warga Jepun yang masuk ke tandas tergesa-gesa keluar dan meludah di luar tandas.

No comments: