Friday, January 25, 2008

LUBANG JALANRAYA MENJEJASKAN IMEJ BANDARAYA JOHOR BAHRU


Inilah keadaan jalan di Jalan Perling berdekatan dengan Pasaraya Giant Taman Perling. Saiz lubang jalan jelas menunjukkan bahawa keadaan tersebut telah wujud lama tetapi tiada sebarang tindakan telah diambil sehingga ke hari ini. Mungkinkah hanya bila orang awam cedera atau maut barulah lubang jalan tersebut akan diturap.

Lubang jalan sedemikian di merata tempat di bandaraya Johor Bahru bukan sahaja mengundang bahaya kepada orang ramai tetapi juga mengaibkan dan menjejaskan imej Johor Bahru.

No comments: