Thursday, June 5, 2008

MBJB Mengambil Tindakan Terhadap Aduan

En. Mohd Din Bin Kassim seorang warga emas yang berumur 78 tahun pada 29.05.2008 telah mendapat kecederaan apabila terlanggar dengan metal bolts yang dipasang di siar kaki Jalan Trus oleh kontraktor MBJB yang telah membiarkan metal bolt dalam keadaan terdedah.


Selepas mendapat aduan, En. Norman Fernandez telah pada 30.05.2008 membuat satu sidang akhbar. Berita ini telah disiarkan didalam akhbar-akhbar tempatan. Satu surat resmi bertarikh 02.06.2008 juga telah dihantar kepada pihak MBJB/Datuk Bandar Johor Bahru. (Sila layari http://www.johorbahruwatch.blogspot.com/ untuk melihat surat daripada En. Norman Fernandez kepada MBJB / Datuk Bandar Johor Bahru).

Dua hari selepas berita tersiar, kontraktor MBJB telah mengambil tindakan untuk memastikan metal bolt-metal bolt yang terdapat di siar kaki tidak lagi merbahayakan orang awam.

Gambar-gambar menunjukkan kerja-kerja pemasangan kon di atas metal bolt.



MBJB harus kikis budaya "Sudah Terhantuk, Baru Terjaga" dan memperbetulkan jangan menunggu orang awam mendapat kecederaan dan barulah akan mengambil tindakan.

No comments: