Thursday, June 26, 2008

LONGKANG TERSUMBAT DAN LONGKANG TANPA JERIJI BESI MERBAHAYAKAN ORANG RAMAI DI TAMPOI INDAH

Ahad lalu saya dimaklumkan bahawa Datuk Bandar, Johor Bahru akan menghadiri majlis MBJB Bersama Rakyat di Taman Tampoi Utama. Kawan saya mengajak saya pergi ke majlis dan bersua muka dengan Datuk Bandar.

Sayang sekali, Datuk Bandar tidak mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan persekitaran. Sekiranya Datuk Bandar telah berbuat sedemikian, inilah pandangan yang menanti Datuk Bandar.




LONGKANG TERSUMBAT

Beginilah keadaan longkang di Jalan Titiwangsa 3, Taman Tampoi Indah. Gambar ini adalah longkang di hadapan kedai 7-11. Sudah hampir dua minggu, longkang ini dalam keadaan tersumbat dan air bertakung. Malahan jentik-jentik pun sudah kelihatan dalam air yang bertakung.



LONGKANG TANPA JERIJI BESI

Inilah longkang besar di hadapan kedai kain dan langsir Jakel di Jalan Titiwangsa 3, Taman Tampoi Indah. Sebenarnya sejak dua bulan yang lalu, saya telah beberapa kali ketika berurusan dengan MBJB telah memaklumkan berkenaan dengan longkang yang tidak tertutup yang merbahayakan orang ramai. Sebenarnya, pada setiap hari minggu begitu ramai pelanggan dan hampir kesemua mereka adalah pelanggan orang Melayu yang membeli-belah di kedai Jakel. Ramai yang membawa anak-anak mereka dan kadang-kadang anak-anak mereka berlari dan bermain berdekatan dengan longkang ini.

Malangnya biarpun MBJB telah dimaklumkan, MBJB seolah-olah tidak kisah dengan aduan yang telah dibuat dan sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan yang telah diambil MBJB.

Beberapa bulan lalu, seorang wanita maut apabila jatuh dalam longkang yang tidak tertutup. Juga, seorang lelaki jatuh dan patah kaki juga kerana jatuh dalam longkang yang tidak tertutup. Persoalannya apakah MBJB berniat hanya untuk memasang jeriji besi ataupun penutup longkang hanya selepas pengguna jalan maut ataupun cedera ?

No comments: