Thursday, June 5, 2008

Inilah Bukti Kerja Kontraktor MBJB

Pada 02.06.2008 En. Norman Fernandez telah menghantar surat kepada MBJB memaklumkan kabel yang terdedah akibat jalan tidak diturap dengan betul di Jalan Gereja.

Sila layari http://www.johorbahru.blogspot.com/ untuk membaca surat tersebut.

Inilah gambar yang dimaksudkan.

Dua hari yang lalu kontraktor MBJB telah mengambil langkah untuk "membaiki-pulih".

Hari ini En. Norman Fernandez terkejut dengan kerja-kerja membaiki-pulih oleh kontraktor MBJB.

Inilah hasil kerja baiki-pulih yang dibuat oleh kontraktor MBJB.

Apa yang dilakukan oleh kontraktor MBJB ialah meletakkan kepingan-kepingan turap (mungkin yang diperolehi dari tempat lain) dan dilonggokkan kepingan-kepingan turap diletakkan diatas dan menutup kabel.

"Kalau kerja sebegini, saya pun teringin menjadi kontraktor MBJB" kata En. Norman Fernandez.

No comments: