Sunday, June 15, 2008

LAWATAN YANG BEKERJA EN. NORMAN FERNANDEZ KE GERAI KOTARAYA 2 JALAN GEREJA DAN KAWASAN PERSEKITARAN JALAN TRUS / JALAN GEREJA JOHOR BAHRU
Pada hari Ahad 8, Jun 2008 saya telah membuat lawatan ke Gerai Kotaraya 2 Jalan Gereja untuk meninjau keadaan disana.
Saya mendapati hampir kesemua gerai-gerai dalam kedaan kosong. Beberapa gerai seolah-olah menjadi stor barang-barang. Saya dimaklumkan hanya terdapat dua gerai makanan yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.
Amat mendukacitakan satu kawasan yang strategik dan yang mempunyai tempat letak kereta tidak dapat dibangunkan dengan baik. Sebenarnya tempat ini boleh dijadikan sebuah medan selera sate.
Dengan beberapa hotel-hotel terkemuka yang berdekatan, Gerai Kotaraya 2, amat sesuai dibangunkan dan dijadikan medan selera sate. Suatu masa dahulu di Singapura ada satu tempat yang dipanggil “Sate Club”. Ia bukannya satu kelab tetapi tempat untuk penjual-penjual sate menjual sate sahaja. Tempat ini telah menjadi tarikan pelancong-pelancong.
Kawasan Gerai Kotaraya 2, juga boleh dibangunkan dan dijadikan sedemikian. Penjual-penjual sate yang terbaik dijemput untuk menjaja disana. Pelanggan pun hampir sudah ada antara lain Hotel Tropical Inn, Hotel Puteri Pacific, Hotel Hyatt dan Persada Johor.
Apa macam MBJB ?
Namun begitu beginilah keadaan di Gerai Kotaraya 2, pada masa ini.



Gambar diatas menunjukkan gerai-gerai yang dalam keadaan tertutup.


























Inilah rupa tandas di Gerai Kotaraya 2, Jalan Gereja.

Datuk Bandar, pengurusan tandas ini kerja siapa ?

Bilakah kali terakhir Ahli-ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Bandar Johor Bahru meninjau Gerai Kotaraya 2?

Angkat punggung jalan-jalanlah sikit!!!

No comments: